Thursday 17 March 2016

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA





               - Suruhanjaya pilihan raya Malaysia (SPR) (Election Commission of Malaysia) ialah sebuah suruhanjaya yg menyelia,mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

¨ Keanggotaan SSPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua org ahli. Pada tahun 1963,bilangan ahli SPR telah ditambah kepada tiga org. Ahli tambahan itu berasal dari Sabah atau Sarawak dan dilantik secara bergilir-gilir.

¨ Pada tahun 1981,pindaan ke atas Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Pada tahun 2002,pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan SPR menjadi tujuh orang,iaitu seorang Pengerusi,seorang timbalan pengerusi dan lima org ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang dari Sarawak

¨ Ahli2 SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Ahli2 terdiri daripada seorang pengerusi,seorang timbalan pengerusi dan tiga org ahli lain yg akan membantu SPR.

¨ Syarat kelayakan ahli SPR ialah :

¨ A) berumur tidak lebih daripada 65 tahun
¨ B) seorang yg tidak muflis
¨ C) tidak memegang jawatan bergaji yg lain
¨ D) bukan mana2 ahli politik dari mana2 Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
¨ Membentuk sebuah urus setia yg diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan.

¨ Pada masa ini,kedudukan SPR termaktub dalam Perkara 113-120 Perlembagaan Persekutuan yg menggariskan peranan SPR sebagai sebuah badan yg berperanan menyelia dan menjalankan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yg adil dan saksama.

¨ Oleh itu,SPR merupakan sebuah badan yg bebas daripada pengaruh politik
Fungsi SPR:

         Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian2 pilihan raya
         Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih
         Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
         Mendaftarkan calon2 yg bertanding dan memastikan calon2 memenuhi kriteria dan kelayakan yg diperlukan


-         Bagi menjalankan dan menyelaraskan urusan pilihan raya,SPR juga telah menubuhkan sebuah urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir Urus Setia dengan dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Bagi memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif,adil dan saksama,urus setia SPR diwajibkan mengikut garis panduan dan dasar2 SPR dari semasa ke semasa. Untuk memastikan kelicinan perjalanan pilihan raya,urus setia SPR juga menubuhkan cawangannya yang dikenali sebagai Pejabat Pilihan Raya negeri di setiap negeri,kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan Proses Pilihan Raya di Malaysia.



Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah



No comments:

Post a Comment