Monday 7 March 2016

PERINGKAT DAERAH

Di semenanjung Malaysia,pentadbiran pada peringkat daerah diketuai oleh Pegawai
Daerah dengan dibantu oleh beberapa org Penolong Pegawai Daerah. Beberapa mukim
di dalam daerah pula ditadbir oleh penghulu.

Di Sarawak,struktur pentadbiran daerah terbahagi kepada empat,iaitu

Bahagian- ditadbir oleh Residen
Daerah- ditadbir oleh Pegawai Daerah
Daerah Kecil- ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri
Kampung- ditadbir oleh Penghulu

- Di Sabah,terdapat dua peringkat pentadbiran daerah iaitu:-

¨a) Daerah- ditadbir oleh Pegawai Daerah (dibantu oleh Ketua Anak Negeri)
b) Kampung- ditadbir oleh Ketua Kampung (dibantu oleh orang tua)

Pentadbiran kerajaan tempatan dilaksanakan oleh Majlis Daerah dan Majlis
Bandaran. Fungsi utama kedua-duanya adalah untuk memajukan kawasan
pekan/bandar. Pentadbiran kerajaan tempatan diketuai oleh Yang Dipertua
Majlis yang terdiri daripada Pegawai Daerah. Ketua Pentadbir sesebuah Majlis
Tempatan ialah Setiausaha Majlis Tempatan.


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment