Sunday, 20 March 2016

KEMPEN

Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti 
dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.SPR juga mempunyai 
kuasa di bawah Perkara 3(5) Akta Pilihan Raya dan Perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan 
Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih 
pasukan2 Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya,jika difikirkan perlu.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus dan tugas 
pasukan ini adalah untuk memantau bahan2 kempen,ceramah2 pilihan raya dan 
perhimpunan umum.


SPR juga akan menubuhkan jawatankuasa2 pada peringkat pusat/negeri/bahagian2 
pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti2 politik,calon2 atau ejen2 dan 
petugas2 parti mengenai undang2 dan peraturan pilihan raya


Senarai perkara yg mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya akan disediakan 
dan perkara2 ini perlu diberi perhhatian oleh calon2 dan petugas2 parti . Lazimnya
kempen pilihan raya melibatkan:-

¨Pengedaran risalah dan surat
¨Poster
¨Ceramah tertutup dan ceramah umum
¨Kempen dari rumah ke rumah

- Parti2 politik dibenarkan membentangkan dan memperjelaskan manifesto
mereka masing2.Mereka juga boleh menggunakan media elektronik
Deposit akan dipulangkan sekiranya callon2 menanggalkan poster,sepanduk dan
 sebagainya dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.

- video lagu kempen pilihan raya DAP





Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah




No comments:

Post a Comment