Monday 7 March 2016

KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN

Kebebasan badan kehakiman bermaksud ia bebas daripada kawalan badan pentadbiran dan perundangan. Kebebasan badan kehakiman ini dapat dilihat pada perkara2 berikut:-

Seseorang hakim ( Hakim Mahkamah Agung) setelah dilantik tidak boleh dilucutkan
jawatannya sebelum mencapai umur bersara,iaitu 65 tahun,kecuali jika didapati
kelakuannya tidak baik atau kerana beliau sudah tidak berupaya (tubuh badan uzur) atau
sebab-sebab lain yg boleh memberikan kesan keatas tugasnya,barulah ia boleh dipecat.

-Saraan seorang hakim diperuntukkan oleh Akta Parlimen dan saraan tersebut hendaklah
dibayar kepada Kumpulan Wang yang Disatukan,

-Saraan hakim dan syarat2 jawatan yg lain tidak boleh diubah.


-Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen,kecuali
perkara itu telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada satu per empat ahli Dewan
Rakyat atau Dewan Negara tersebut

Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment