Sunday 20 March 2016

PERMULAAN PILIHAN RAYA DAN PROSES PENAMAAN CALON

Pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri seperti yg ditetapkan 
oleh undang2,diadakan sekali dalam tempoh lima tahun,kecuali jika dewan dibubarkan 
lebih awal. Pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh 
pembubaran.

- Pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan,sama ada 
disebabkan kematian,peletakan jawatan atau seseorang Ahili Dewan Rakyat dan Dewan 
Undangan Negeri itu hilang kelayakan.


- Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil bermula dgn pengeluaran writ pilihan raya 
oleh SPR kpd Pegawai Pengurus.Pada masa yg sama,satu notis akan diwartakan untuk 
menetapkan tarikh2 hari penamaan calon dan hari mengundi.

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yg telah ditetapkan oleh SPR bagi calon2 
mengemukakan kertas2 penamaan untuk bertanding  dalam pilihan raya kepada 
Pegawai Pengurus. Kertas2 penamaan boleh dikemukakan oleh calon,pencadang dan 
penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kebiasaannya kertas2 penamaan calon 
mestilah dikemukakan antara jam 9.00 pg hingga 10.00 pg pada hari penamaan. Kertas2 
penamaan calon akan dipamerkan dari jam 10.00 pg hingga 11.00 pg untuk diteliti dan 
menerima sebarang bantahan.

Dalam kes di mana seorang calon sahaja yg dicadangkan,Pegawai Pengurus akan 
mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment