Sunday 20 March 2016

PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN


Dalam proses pilihan raya,satu aspek penting ialah penyimpanan kertas2 undi 
dan dokumen2 lain yg berkaitan.Dokumen2 ini mestilah disimpan di dalam peti 
atau peti2 khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen2 calon. Peti2 khas ini 
akan disimpan selama enam bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus

Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yg telah 
ditandakan dan juga counter foils kertas undi. Ini adalah bg menjamin 
kerahsiaan undi. Peti2 itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah 
Tinggi,jika ada kes2 petisyen. Selepas tempoh enam bulan,Pegawai Pengurus 
(selepas mendapat kebenaran daripada SPR) akan melupuskan kertas2 undi dan 
dokumen2 berkenaan. Pegawai Pengurus kemudiannya akan mengemukakan 
sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri

Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment