Sunday 6 March 2016

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN UNDANG2

Di dalam Perkara 138 Perlembagaan Persekutuan,ada diperuntukan 3 fasal yg menyebut
tentang Suruhanjaya Perkhidmatan kehakiman dan Undang2 ini.

-Fasal (1) memperuntukan,diwujudkan suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan
Undang2 yg bidang kuasanya adalah meliputi semua anggota perkhidmatan kehakiman
dan undang2.

-Fasal (2) memperuntukan,perihal keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman
dan Undang2 yg hendaklah mengandungi :-

a) Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yg akan menjadi Pengerusi.

b) Peguam Negara atau jika Peguam Negara ialah seorang ahli Parlimen atau adalah
dilantik bukan dari kalangan anggota2 Perkhidmatan Kehakiman dan
Undang2,Peguamcara Negara.

c) Mengikut pindaan Akta A885 seorang atau beberapa org ahli lain yg dilantik oleh
YDPA,selepas berunding  dgn Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,dari antara
orang yg menjadi atau telah menjadi atau yg berkelayakan menjadi hakim Mahkamah
Persekutuan,Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi atau yg menjadi hakim
Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia.

d) Fasal (3) memperuntukan,org yg menjadi Setiausaha Suruhanjaya PerkhidmatanAwam
hendaklah juga menjadi Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan
Undang2.


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment