Sunday 20 March 2016

PENGIRAAN DAN PENJUMLAHAN UNDI

-Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di 
sebuah pusat pengiraan undi yg telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian 
pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yg ditetapkan.
-Semasa undi dikira,mereka yyg dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira 
undi. Mereka ialah:-

¨Ahli2 dan pegawai2 SPR
¨Pegawai yg dilantik oleh SPR
¨Kerani mengira undi
¨Calon,wakil dan ejen mengira undi

- Kehadiran ejen2 calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut 
proses yg betul seperti yg telah ditetapkan oleh undang2 dan peraturan dan bagi 
memastikan urusan pengiraan undi itu betul,adil dan telus.

Selepas selesai pengiraan undi di tempat2 mengundi dan pusat pengiraan 
undi,keputusan2 pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat 
penjumlahan undi. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan 
mengisytiharkan calon yg mendapat undi majoriti sebagai wakil yg terpilih bagi 
bahagian pilihan raya berkenaan.


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment