Friday 8 January 2016

RAJA BERPERLEMBAGAAN

- Semenjak dari era Kesultanan Melaka,Raja merupakan tonggak pemerintahan dan lambang kedaulatan negeri. Semasa prakolonial,raja-raja Melayu memerintah di bawah sistem 'monarki mutlak'. Bersesuaian dengan peredaran zaman dan pembangunan politik dunia,negara ini masih mengekalkan insitusi beraja namun dengan sistem Raja Berpelembagaan. Sistem ini bermula secara rasmi apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.


Maksud Raja Berperlembagaan

- Raja Berperlembagaan adalah satu sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga atas nasihat Perdana Menteri. Justeru,apabila menjalankan tanggungjawabnya,baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Perkara ini jelas dihuraikan dalam Perlembagaan Perkara (39) dan (40).


Yang di-Pertuan Agong

- Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong ini adalah mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Contoh gambar di bawah Yang di-Pertuan Agong l-xlv



Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah


Sumber Rujukan :-

  http://portal.cidos.edu.my/
 - Buku rujukan Pengajian Malaysia
 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah






FAEDAH DARIPADA PENGAMALAN SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA

- Kestabilan dan kemantapan politik di bawah sistem Demokrasi Berparlimen telah membolehkan rakyat melalui kerajaan yang dipilih merangka,menggubal dan seterusnya melaksanakan strategi-strategi pembangunan negara. Pembangunan yang pesat telah membolehkan semua pihak mengecap nikmat kemakmuran dan kesejahteraan dalam hidup masing-masing.

- Kerajaan juga telah berjaya melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mencapai perpaduan serta mengekalkan keamanan dan keselamatan negara. DEB adalah untuk faedah rakyat negara ini. Dasar ini memperlihatkan usaha kerajaan bagi memastikan semua bangsa dan kaum di negara ini menikmati kekayaan negara secara sama rata.

- Kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi untuk menyediakan peluang pekerjaan,menambah kemahiran,menggalakkan penggunaan teknologi moden dan apa yang lebih penting adalah mempertingkatkan daya pengeluaran,pendapatan dan kemakmuran negara.

- Kerajaan juga akan terus menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam usaha kerajaan untuk memesatkan pembangunan negara,meningkatkan kecekapan dan mencapai produktiviti yang lebih tinggi. Atas kesedaran inilah kerajaan melaksanakan Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia tanpa membelakangkan Dasar Ekonomi Baru.

- Kerajaan juga telah menitikberatkan pelajaran dan pendidikan. Kemudahan-kemudahan pelajaran yang disediakan di negara ini bertujuan memupuk perpaduan negara dan memenuhi keperluan tenaga kerja rakyat terlatih. Sistem pelajaran dan latihan membolehkan rakyat Malaysia melibatkan diri sepenuhnya dalam pembangunan negara, Kemudahan-kemudahan pelajaran yang diberikan oleh kerajaan,sama ada di dalam atau di luar negara adalah dibiayai oleh rakyat dan merupakan pelaburan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan negara pada masa hadapan. Oleh itu, rakyat berhak mendapat pulangan yang positif daripada pelaburan itu.

- Segala kemudahan yang diberi dan disediakan oleh kerajaan mestilah digunakan untuk memenuhi hasrat dan harapan rakyat. Oleh itu,golongan belia khususnya di institusi-institusi pelajaran tinggi,sama ada di dalam mahupun di luar negeri,supaya menumpukan masa dan perhatian kepada tanggungjawab mencari ilmu. Mereka patutlah berwaspada terhadap tindak-tanduk mana-mana golongan yang sengaja memburuk-burukkan sistem pemerintahan negara yang diamalkan semenjak merdeka. Mereka haruslah sentiasa sedar bahawa dengan wujudnya sistem pemerintahan secara demokrasi,mereka mendapat kebebasan dan kemudahan untuk mencari ilmu.

Sumber Rujukan :-

  http://portal.cidos.edu.my/
 - Buku rujukan Pengajian Malaysia
 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

DEMOKRASI BERPARLIMEN

- Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang- undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik. Ringkasnya,sebuah negara yang melaksanakan sistem demokrasi adalah negara yang memperjuangkan kedaulatan rakyat. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen diaplikasikan.


Maksud Demokrasi Berparlimen

- Demokrasi Berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan. Hal ini bermaksud,rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara, manakala raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat. 

- Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya. Dalam proses pilihan raya, rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen. Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Malahan rakyat di negara ini telah diberi pengalaman terlibat dalam pilihan raya sejak tahun 1952 lagi.

- Sistem ini telah dipupuk perkembangannya dan dipelihara sehingga mewujudkan kestabilan negara. Kestabilan ini telah membolehkan rakyat menikmati keamanan dan kemajuan dalam bidang ekonomi , politik, sosial dan sebagainya hingga ke hari ini.

- Walaupun demikian, kebebasan yang kita nikmati tidaklah bersifat mutlak,tetapi tertakluk kepada sekatan-sekatan tertentu yang perlu kita adakan,terutama dalam masyarakat berbilang kaum. Sekatan-sekatan itu pula tidaklah dikenakan dengan sewenang-wenangnya,tetapi dibuat berdasarkan kehendak rakyat sendiri melalui Parlimen.


Sumber Rujukan :-

  http://portal.cidos.edu.my/
 - Buku rujukan Pengajian Malaysia
 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah