Sunday 28 February 2016

SURUHANJAYA

Kerajaan telah membentuk 2 suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Tetap dan Suruhanjaya 
Sementara. Contoh Suruhanjaya Tetap ialah Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya 
Perkhidmatan. Suruhanjaya Sementara pula ditubuhkan untuk  menyiasat atau 
menyelesaikan masalah dan perkara yang timbul pada satu2 masa.
• Suruhanjaya

• Suruhanjaya Tetap

• Suruhanjaya Sementara



Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

BADAN BERKANUN DAN TAK BERKANUN

Perbadanan awam merupakan pertubuhan diperbadankan oleh kerajaan sama ada melalui undang-undang Statut ataupun Akta Syarikat. Badan Berkanun terdiri daripada dua bentuk, iaitu Badan Berkanun Persekutuan (ditubuhkan di bawah Akta Parlimen)(lebih di kenali badan kerajaan) dan Badan Berkanun Negeri (ditubuhkan di bawah Enakmen atau Ordinan Negeri)(dikenali juga sebagai separuh kerajaan):-

1.Badan Berkanun Persekutuan:- Berkaitan Pembangunan Tanah dan Wilayah. Contohnya RISDA, FELDA, FELCRA, DARA, KEJORA, KETENGAH, JENGKA, KESEDAR. Berkaitan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. Contohnya MAJUTERNaK, FAMA, MARDI, MARDEC, LPP, LKIM, PORIM.


2. Berkaitan dengan pembangunan ekonomi negeri (PKN). Contoh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT) dan Sebagainya.

Badan Tidak Berkanun ditubuhkan melalui Akta Syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan. Fokus utama badan ini ialah memperoleh keuntungan, berbanding badan berkanun yang mengutamakan perkhidmatan masyarakat. Badan Tidak Berkanun boleh ditubuhkan oleh Badan Berkanun (seolah-olah sebagai anak syarikat) ataupun oleh entity lain. Contohnya:-


1.Badan Berkanun: PETRONAS – Badan Tidak Berkanun: PETRONAS DAGANG


2. Badan Berkanun: MARA – Badan Tidak Berkanun: MARA HOLDINGS


3. Badan Berkanun: FELDA – Badan Tidak Berkanun: FELDA NIAGA.




Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

PENCAPAIAN SEMASA PERKHIDMATAN AWAM

Antara penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan(services delivery) adalah:

a)  Pembaikan proses kelulusan sijil kelayakan menduduki atau C.F.O. Hasil 
perundingan antara pegawai perkhidmatan awam dan wakil2 industri  swasta,
kini proses tersebut dipermudahkan dengan kewujudan pusat sehenti atau ‘one-
stop centre’ pada peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan pentadbiran negeri.
 Pelanggan tidak perlu lagi berulang alik ke pelbagai agensi untuk mendapatkan
pelbagai tandatanganProses tersebut juga telah disingkatkan  dengan 
mengurangkan bilangan agensi teknikal yang terlibat.


b) Proses permohonan kad pengenalan diriPemohon tidak perlu lagi membawa 
gambar dan tempoh pengeluaran kad pengenalan telah dipendekkan kepada dua
 hingga empat mingguKad pengenalan yg dikeluarkan,iaitu Mykad adalah lebih
 berkualiti dan mampu menyokong pelbagai penggunaan.Contohnya
kemudahan membayar bil dan pembaharuan lesen di pejabat pos.

c) Proses pengeluaran pasport baharu telah dipendekkan kepada 1 hingga 2 
jam sahaja.

d) Urusan di pejabat KWSP telah dipercepatkan.

e) Kemudahan kerajaan elektronik atau ‘egovernment’ telah dilaksanakan 
dengan meluas.Usaha pemodenan dan pembaikan cara kerja tetap berterusan,
seperti peningkatan penggunaan ICT dan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti 
menyeluruh atau ‘Total Quality Management’


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

SEKATAN MENGENAI PEMBUANGAN KERJA DAN PENURUNAN PANGKAT

Terdapat 2 syarat:-

Hakim tidak boleh dibuang kerja mengikut selama diperkenankan oleh ketua negara
Seorang hakim hendaklah memegang jawatan hingga mencapai umur 65 tahun. Dia 
tidak boleh dibuang kerja melainkan atas syor sebuah tribunal yg terdiri daripada lima 
hakim.

Perkara 135 Perlembagaan Persekutuan mengenakan sekatan tertentu mengenai 
pembuangan kerja dan penurunan pangkat bagi anggota perkhidmatan awam selain 
anggota tentera melalui Fasal (1),(2) dan (3) yg ditunjukkan di bawah

Fasal (1)

Memperuntukkan tidak seorang pun boleh dibuang kerja atau penurunan 
pangkat oleh sesuatu pihak berkuasa rendah daripada pihak berkuasa yg pada 
masa pembuangan kerja atau penurunan pangkat mempunyai kuasa melantik 
seorang ahli perkhidmatan itu yg sama pangkatnya

Fasal (2)

Memperuntukkan tidak seorang pun boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat
tanpa diberikan penjelasan yg munasabah untuk didengar

Fasal (3)

Memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh dibuang kerja atau 
diturunkan pangkat atau menanggung apa2 tindakan tata-tertib yg lain kerana 
sesuatu yg dilakukannya dalam menjalankan tugas kehakiman

Perintah Am dikenali sebagai peraturan untuk membuang kerja atau mengambil 
tindakan tatatertib secara sopan.

Dalam Fasal (2), Perintah Am menentukan syarat2 perlantikan dan syarat2 
perkhidmatan para anggota perkhidmatan awam.

Perintah Am ini juga mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan 
Undang2 Persekutuan.

Peraturan2 yg mengawal tatatertib para pegawai awam ialah Peraturan-peraturan 
Perlu ( Perintah Am,Bab D),1969. Peraturan ini dibuat oleh kerajaan dan boleh 
diguna pakai oleh pegawai di Persekutuan dan juga pegawai peringkat negeri.

Dari segi pencen,anggota perkhidmatan awam dilindungi oleh perlembagaan
Apabila seseorang pegawai bersara,dia akan mendapat pencen,ganjaran atau elaun.


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

PERKHIDMATAN AWAM

¨
Sewaktu negara mencapai kemerdekaan.kita telah mewarisi sebuah sistem
perkhidmatan awam yg agak teratur daripada pihak penjajah. Perkhidmatan awam telah 
melalui pelbagai fasa pembinaan dan pembangunan yg pesat untuk menjadi sebuah 
perkhidmatan yg lebih sempurna dan moden.

Sebelum merdeka,gandingan tenaga pasukan keselamatan dan perkhidmatan awam 
telah berjaya mengalahkan ancaman pengganas komunis dan konfrontasi.

Perkhidmatan awam telah berjaya memberi kesinambungan pentadbiran dan 
kestabilan politik. Di bawah kepimpinan enam Perdana Menteri,perkhidmatan awam 
Malaysia telah membantu kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar2 yg menjayakan 
tranformasi negara.

Perkhidmatan awam juga turut memastikan bahawa pembangunan ekonomi negara 
berlaku dgn adil dan seimbang. Anggota perkhidmatan awam telah memainkan peranan 
yg amat penting dlm melaksanakan tugas dan tanggungjawab yg dipikul.

Jenis2 perkhidmatan awam yg termaktub dlm Perkara 132(1),Perlembagaan Persekutuan 
ialah :
 - Angkatan Tentera
- Perkhidmatan Kehakiman dan Undang2
- Perkhidmatan Awam dan Persekutuan
- Pasukan Polis
- Perkhidmatan Awam Bersama (Persekutuan dan Negeri)
- Perkhidmatan Awam Negeri
- Perkhidmatan Pelajaran



Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah