Sunday 6 March 2016

SURUHANJAYA PASUKAN POLIS







- Merupakan sebuah suruhanjaya yg dibentuk mengikut Perkara 140. Suruhanjaya ini 
bertanggungjawab melantik,mengesahkan,memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau 
perjawatan berpencen,kenaikan pangkat,pertukaran dan menjalankan kawalan tatatertib 
ke atas anggota pasukan polis.

- Perlembagaan Persekutuan juga memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pasukan 
Polis untuk membuat peruntukan atau peraturan yg berkaitan dengan perjalanan fungsi.

- Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah mengandungi ahli2 yg berikut,iaitu:

  Menteri yg pada masa itu bertanggungjawab mengenai polis yg akan menjadi pegawai
Pegawai polis yg memerintah seluruh pasukan polis
Orang yang menjalankan kewajipan2 jawatan Setiausaha kementerian di bawah menteri
Seorang ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yg dilantik oleh YDPA
Tidak kurang daripada 2 org ahli dan tidak lebih daripada 6 org ahli lain

- YDPA boleh menetapkan sebagai jawatan2 khas, jawatan2 Ketua Polis Negara,Timbalan
Ketua polid Negara dan apa2 jawatan lain dalam pasukan polis.

-Sebelum bertindak mengikut Fasal (4) atas syor Suruhanjaya Pasukan Polis,YDPA 
hendaklah menimbangkan nasihat PM dan boleh merujuk balik syor itu kepada 
suruhanjaya untuk dipertimbangkan semula.

Suruhanjaya Pasukan Polis boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana2 daripada
perkara berikut:-

ØPenyusunan kerja,kaedah tugasan dijalankan,penyimpanan rekod dan minit.

ØKewajipan dan tanggungjawab ahli2 suruhanjaya itu masing2 ,termasuk memberi
perwakilan kuasa atau kewajipannya kpd mn2 ahli suruhanjaya itu atau mn2 anggota
pasukan polis atau mn2 ahli jemaah pegawai2 pasukan polis atau suatu jawatankuasa yg
terdiri daripada anggota suruhanjaya dan pasukan itu.

ØRundingan yg akan diadakan oleh suruhanjaya itu dgn org lain daripada ahlinya.

ØAktiviti suruhanjaya (termasuk menetapkan bilangan ahli,melantik naib pengerusi
daripada ahli-ahlinya dan tugas-tugas naib pengerusi).

Mewujudkan perkara lain yg perlu atau mustahak dibuat untuk meningkatkan kualiti tugas


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment