Monday 7 March 2016

MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) JEMAAH MENTERI/KABINET NEGERI

Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri perlu melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri. Sebelum itu,Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri perlu melantik seorang Ketua
Menteri atau Menteri Besar untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam
kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Atas nasihat Menteri
Besar,Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri perlu melantik tidak lebih daripada 8 atau tidak
kurang daripada 4 org ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

Peranan EXCO adalah lebih kurang sama dengan peranan kabinet pada peringkat
persekutuan.

Selain ahli DUN yg menang dalam pilihan raya yg dilantik ke dalam EXCO,terdapat
tiga orang anggota perkhidmatan awam negeri yg turut menjadi anggota EXCO sebagai
ex-officio,iaitu:-
a) Setiausaha Kerajaan Negeri
b) Penasihat Undang-undang
c) Pegawai Kewangan Negeri

Dalam pelantikan Ketua Negeri/Menteri Besar,Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri
sesebuah negeri boleh menurut budi bicaranya,melantik seorang bukan Melayu jika pada
pendapatnya seseorang itu mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan
Undangan Negeri.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertanggungjawabsecara kolektif kepada Dewan
Undangan Negeri dan bukan kepada Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri

Semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,kecuali Ketua Menteri/Menteri
Besar,memegang jawatan selama diperkenankan oleh Sultan/Raja/Yang Dipertua
Negeri.Seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak boleh mengambil
bahagian dalam apa2 profesion yg ada kaitannya dgn jabatan2 tertentu


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

14 comments:

  1. apa itu jemaah menteri dan tugas-tugas jemaah menteri

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ahli ex-officio adalah jawatan yg tidak berpandu pada politik. so kalau terjadinya pergolakkan politik, mereka2 ini takkan terjejas. contoh kalau pembubaran dewan undangan negeri, mereka2 ini masih kekal berjawatan. contoh kalau di peringkat persekutuan, jika parlimen dibubarkan, ahli politik akan kehilangan kuasa, tetapi Ketua Setiausaha Negara atau jawatan yg bukan politik akan terus melaksanakan tugas

      Delete
    2. terima kasih atas maklumat

      Delete
  3. apa beza exco dengan menteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri adalah gelaran di peringkat persekutuan, tetapi exco adalah di peringkat negeri..tugasnya adalah sama seperti menteri, cuma bidang kuasa terhad hanya di negeri yg ditadbir sahaja..tetapi menteri berkuasa untuk selaraskan semua negeri

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. pegawai kerajaan yang dikenali sebagai ex-officio adalah?

    ReplyDelete
  5. Mohon senaraikn tugas2 dn peranan exco

    ReplyDelete