Sunday 6 March 2016

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

 


  • Menurut Perkara 139, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan, semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam bersama dan anggota-anggota perkhidmatan awam bagi Melaka dan Pulau Pinang.
  • Perkhidmatan awam bersamabermaksud seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam yang diambil bekerja:
(a)      Sebahagian bagi maksud Persekutuan dan sebahagian bagi maksud Negeri,  atau
(b)      Bagi maksud dua buah Negeri atau lebih.
·         Semua tatatertib anggota perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya perkhidmatan Awam sebagaimana yang temaktub dalam Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.
·         Suruhanjaya Perkhidmtan Awam terdiri daripada anggota-anggota berikut:
(a)      Pengerusi
(b)      Timbalan pengerusi
(c)      Empat hingga 30 orang ahli
·         Pengerusi dan timbalan pengerusi dialantik daripada:
(a)      Orang-orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam, atau
(b)      Bekas anggota mana-mana perkhidmatan awam yang telah bersara tidak lebih daripada lima tahun sebelum tarikh mereka dilantik
Tugas-tugas Suruhanjaya:
·         Perkhidmatan Awam (tertakluk kepada perkhidmatan-perkhidmatan awam yang diliputi oleh bidang kuasanya termasuk:
(a)      Membuat perlantikan kakitangan awam dalam perkhidmatan pentadbiran Kerajaan Persekutuan. (Pengambilan kakitangan Kumpulan D, iaitu kakitangan rendah dan buruh kasar boleh dibuat berdasarkan peruntukan tertentu oleh pihak Kementerian atau Ketua-ketua Jabatan).
(b)      Membuat perlantikan bagi perkhidmatan awam di negeri-negeri seperti Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan.
(c)      Mengambila alih tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api (Tanah Melayu) yang telah dibubarkan.
(d)      Beberapa aspek berikut adalah tugas-tugas yang lebih terperinci yang dilakukan oleh SPA berhubung dengan bidang kuasanya dalam urusan pentadbiran awam:
i.          Jenis perkhidmatan yang diurus berupa perkhidmatan tetap, sementara dan kontrak.
ii.         Membuat pinjaman atau pertukaran kakitangan di peringkat kementerian atau di negeri dan daerah.
iii.        Membuat pengesahan untuk seseorang kakitangan perkhidmatan awam.



Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah


No comments:

Post a Comment