Sunday 20 March 2016

KESIMPULAN

-         Pengalaman sistem demokrasi berparlimen sesungguhnya mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini,sistem tersebut telah dapat mewujudkan suasana poliktik yang stabil,aman, dan makmur. Melalui demokrasi berparlimen,kewujudan seorang raja berperlembagaan  telah mengekalkan kesinambungan tradisi pemerintahan di negara ini. Manakala kerajaan yang dipilih oleh rakyat pula,perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat sebelah kerana keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa yang akan dating. Selain itu,setiap individu juga akan dilindungi kedudukannya dan boleh menggunakan hak mereka untuk menentukan tampuk pemerintahan negara. Diharapkan  setiap warganegara akan sentiasa bekerjasama bagi membolehkan konsep demokrasi ini terus wujud,

-         Di Malaysia,sistem politik yang berasaskan pengasingan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Judisiari membuktikan satu sistem pemerintahan yang kemas dan berkesan. Biarpun terdapat pertindihan kuasa di beberapa keadaan,namun hal tersebut tidak menjadi satu kelemahan,malah dapat memantapkan lagi sistem sedia ada. Kewujudan jentera pentadbiran yang kemas melalui kementerian-kementerian di peringkat persekutuan juga dengan kerja sama Kerajaan Negeri, telah membuktikan keamanan dan kemakmuran boleh dicapai dalam sebuah negara yang berbilang kaum.




Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment