Sunday 6 March 2016

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN(SPP)






Ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1974. Diwujudkan hasil daripada syor yg 
dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan,yg 
ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan perguruan.gaji dan syarat2 perkhidmatan 
mereka serta anggota kumpulan sokongan (AKS) di perkhidmatan pendidikan.


¨Suruhanjaya Diraja antara yg lain telah mengemukakan perakuan supaya sebuah 
Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan 
Awam,ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran. Objektifnya ialah melaksanakan 
dari segi pelantikan,urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat 
anggota perkhidmatan pendidikan dgn cekap dan berkualiti bg memenuhi keperluan 
sektor pendidikan.

Dari segi fungsi, mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan,SPP 
bertanggungjawab terhadap pelantikan,pengesahan dalam perkhidmatan,pemberian 
taraf berpencen,pertukaran perkhidmatan,kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib ke 
atas pegawai2 perkhidmatan pendidikan dan anggota2 kumpulan sokongan dalam 
perkhidmatan pendidikan


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment