Wednesday, 23 March 2016
Sunday, 20 March 2016
LATIHAN
Soalan:
1) Nyatakan tiga fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
2) Nyatakan tiga keadaan yang membolehkan seseorang itu mengundi melalui pos
3) Nyatakan tiga kriteria yang perlu dimiliki oleh seseorang calon pilihan raya
4) Nyatakan tiga perkara yang tidak membolehkan seseorang itu menjadi pemilih atau pengundi
5) Berikan empat jenis pilihan raya yang wujud di dunia ini
6) Berikan empat antara proses yang terlibat dalam pilihan raya
7) Berikan empat fungsi pilihan raya diadakan
8) Syarat kelayakan ahli SPR ialah
9) Pilihan raya di Malaysia dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
1) Nyatakan tiga fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
2) Nyatakan tiga keadaan yang membolehkan seseorang itu mengundi melalui pos
3) Nyatakan tiga kriteria yang perlu dimiliki oleh seseorang calon pilihan raya
4) Nyatakan tiga perkara yang tidak membolehkan seseorang itu menjadi pemilih atau pengundi
5) Berikan empat jenis pilihan raya yang wujud di dunia ini
6) Berikan empat antara proses yang terlibat dalam pilihan raya
7) Berikan empat fungsi pilihan raya diadakan
8) Syarat kelayakan ahli SPR ialah
9) Pilihan raya di Malaysia dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Sumber Rujukan :-
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
KESIMPULAN
-
Pengalaman
sistem demokrasi berparlimen sesungguhnya mendatangkan banyak kebaikan kepada
rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini,sistem tersebut telah
dapat mewujudkan suasana poliktik yang stabil,aman, dan makmur. Melalui
demokrasi berparlimen,kewujudan seorang raja berperlembagaan telah mengekalkan kesinambungan tradisi
pemerintahan di negara ini. Manakala kerajaan yang dipilih oleh rakyat
pula,perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat sebelah kerana
keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa yang akan dating.
Selain itu,setiap individu juga akan dilindungi kedudukannya dan boleh
menggunakan hak mereka untuk menentukan tampuk pemerintahan negara. Diharapkan setiap warganegara akan sentiasa bekerjasama
bagi membolehkan konsep demokrasi ini terus wujud,
-
Di
Malaysia,sistem politik yang berasaskan pengasingan kuasa Eksekutif, Legislatif
dan Judisiari membuktikan satu sistem pemerintahan yang kemas dan berkesan.
Biarpun terdapat pertindihan kuasa di beberapa keadaan,namun hal tersebut tidak
menjadi satu kelemahan,malah dapat memantapkan lagi sistem sedia ada. Kewujudan
jentera pentadbiran yang kemas melalui kementerian-kementerian di peringkat
persekutuan juga dengan kerja sama Kerajaan Negeri, telah membuktikan keamanan
dan kemakmuran boleh dicapai dalam sebuah negara yang berbilang kaum.
Sumber Rujukan :-
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN
- Dalam proses pilihan raya,satu aspek penting ialah penyimpanan kertas2 undi
dan dokumen2 lain yg berkaitan.Dokumen2 ini mestilah disimpan di dalam peti
atau peti2 khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen2 calon. Peti2 khas ini
akan disimpan selama enam bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus
- Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yg telah
ditandakan dan juga counter foils kertas undi. Ini adalah bg menjamin
kerahsiaan undi. Peti2 itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah
Tinggi,jika ada kes2 petisyen. Selepas tempoh enam bulan,Pegawai Pengurus
(selepas mendapat kebenaran daripada SPR) akan melupuskan kertas2 undi dan
dokumen2 berkenaan. Pegawai Pengurus kemudiannya akan mengemukakan
sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri
Sumber Rujukan :-
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA
- Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya,tetapi tidak boleh
melebihi:
¨RM200,000 bagi Dewan Rakyat
¨RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
- Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam
tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalaam Warta.
- Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan
untuk mengemukakannya dalam tempoh yg ditetapkan merupakan satu kesalahan di
bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Sumber Rujukan :-
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
PETISYEN PILIHAN RAYA
-Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas
sebab2 berikut:-
•Sogokan,peras ugut atau sebarang salah laku yg mungkin telah menjejaskan
pilihan raya
•Ketidakpatuhan undang2 dan peraturan pilihan raya oleh mn2 pihak
•Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang2 yg dilakukan oleh calon
dan ejen2
•Calon atau ejen-ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya
- Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa
21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta.
-Selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan,jika hakim pilihan raya
memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal,SPR akan mengeluarkan notis yg
pilihan raya baharu akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut
Sumber Rujukan :-
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
PENGIRAAN DAN PENJUMLAHAN UNDI
-Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di
sebuah pusat pengiraan undi yg telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian
pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yg ditetapkan.
-Semasa undi dikira,mereka yyg dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira
undi. Mereka ialah:-
¨Ahli2 dan pegawai2 SPR
¨Pegawai yg dilantik oleh SPR
¨Kerani mengira undi
¨Calon,wakil dan ejen mengira undi
- Kehadiran ejen2 calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut
proses yg betul seperti yg telah ditetapkan oleh undang2 dan peraturan dan bagi
memastikan urusan pengiraan undi itu betul,adil dan telus.
- Selepas selesai pengiraan undi di tempat2 mengundi dan pusat pengiraan
undi,keputusan2 pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat
penjumlahan undi. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan
mengisytiharkan calon yg mendapat undi majoriti sebagai wakil yg terpilih bagi
bahagian pilihan raya berkenaan.
Sumber Rujukan :-
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
UNDI POS
-Undi pos dihantar dengan pos seawal yg mungkin kepada pemilih yg layak mengundi
melalui pos. Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya
jam 5.000 ptg pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yg lengkap telah disediakan
untuk menjaga kerahsiaan undi.
Sumber Rujukan :-
Sumber Rujukan :-
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
CARA-CARA MENGUNDI DAN HAK KITA
- Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja,iaitu dengan
menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yg dipilih. Selepas menandakan kertas
undi,pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi dan seterusnya
memasukkannya ke dalam peti undi yg disediakan.
- Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri),kertas2 undi mestilah ditandakan,dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yg
berasingan yg telah ditandakan dengan sama ada’PARLIMEN’ da n ‘NEGERI’
Sumber Rujukan :-
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Subscribe to:
Posts (Atom)