Sunday 20 March 2016

LATIHAN

Soalan:

1) Nyatakan tiga fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

2) Nyatakan tiga keadaan yang membolehkan seseorang itu mengundi melalui pos

3) Nyatakan tiga kriteria yang perlu dimiliki oleh seseorang calon pilihan raya

4) Nyatakan tiga perkara yang tidak membolehkan seseorang itu menjadi pemilih atau pengundi

5) Berikan empat jenis pilihan raya yang wujud di dunia ini

6) Berikan empat antara proses yang terlibat dalam pilihan raya

7) Berikan empat fungsi pilihan raya diadakan

8) Syarat kelayakan ahli SPR ialah

9) Pilihan raya di Malaysia dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

KESIMPULAN

-         Pengalaman sistem demokrasi berparlimen sesungguhnya mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini,sistem tersebut telah dapat mewujudkan suasana poliktik yang stabil,aman, dan makmur. Melalui demokrasi berparlimen,kewujudan seorang raja berperlembagaan  telah mengekalkan kesinambungan tradisi pemerintahan di negara ini. Manakala kerajaan yang dipilih oleh rakyat pula,perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat sebelah kerana keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa yang akan dating. Selain itu,setiap individu juga akan dilindungi kedudukannya dan boleh menggunakan hak mereka untuk menentukan tampuk pemerintahan negara. Diharapkan  setiap warganegara akan sentiasa bekerjasama bagi membolehkan konsep demokrasi ini terus wujud,

-         Di Malaysia,sistem politik yang berasaskan pengasingan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Judisiari membuktikan satu sistem pemerintahan yang kemas dan berkesan. Biarpun terdapat pertindihan kuasa di beberapa keadaan,namun hal tersebut tidak menjadi satu kelemahan,malah dapat memantapkan lagi sistem sedia ada. Kewujudan jentera pentadbiran yang kemas melalui kementerian-kementerian di peringkat persekutuan juga dengan kerja sama Kerajaan Negeri, telah membuktikan keamanan dan kemakmuran boleh dicapai dalam sebuah negara yang berbilang kaum.




Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN


Dalam proses pilihan raya,satu aspek penting ialah penyimpanan kertas2 undi 
dan dokumen2 lain yg berkaitan.Dokumen2 ini mestilah disimpan di dalam peti 
atau peti2 khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen2 calon. Peti2 khas ini 
akan disimpan selama enam bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus

Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yg telah 
ditandakan dan juga counter foils kertas undi. Ini adalah bg menjamin 
kerahsiaan undi. Peti2 itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah 
Tinggi,jika ada kes2 petisyen. Selepas tempoh enam bulan,Pegawai Pengurus 
(selepas mendapat kebenaran daripada SPR) akan melupuskan kertas2 undi dan 
dokumen2 berkenaan. Pegawai Pengurus kemudiannya akan mengemukakan 
sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri

Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA

Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya,tetapi tidak boleh
melebihi:

¨RM200,000 bagi Dewan Rakyat

¨RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri

Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam 
tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalaam Warta.


Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan 
untuk mengemukakannya dalam tempoh yg ditetapkan merupakan satu kesalahan di 
bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

PETISYEN PILIHAN RAYA

-Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas 
sebab2 berikut:-

Sogokan,peras ugut atau sebarang salah laku yg mungkin telah menjejaskan 
pilihan raya

Ketidakpatuhan undang2 dan peraturan pilihan raya oleh mn2 pihak

Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang2 yg dilakukan oleh calon 
dan ejen2

Calon atau ejen-ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya

Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi  dalam masa
21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta.

-Selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan,jika hakim pilihan raya 
memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal,SPR akan mengeluarkan notis yg 
pilihan raya baharu akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut

Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

PENGIRAAN DAN PENJUMLAHAN UNDI

-Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di 
sebuah pusat pengiraan undi yg telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian 
pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yg ditetapkan.
-Semasa undi dikira,mereka yyg dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira 
undi. Mereka ialah:-

¨Ahli2 dan pegawai2 SPR
¨Pegawai yg dilantik oleh SPR
¨Kerani mengira undi
¨Calon,wakil dan ejen mengira undi

- Kehadiran ejen2 calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut 
proses yg betul seperti yg telah ditetapkan oleh undang2 dan peraturan dan bagi 
memastikan urusan pengiraan undi itu betul,adil dan telus.

Selepas selesai pengiraan undi di tempat2 mengundi dan pusat pengiraan 
undi,keputusan2 pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat 
penjumlahan undi. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan 
mengisytiharkan calon yg mendapat undi majoriti sebagai wakil yg terpilih bagi 
bahagian pilihan raya berkenaan.


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia


 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah