Terdapat 2 syarat:-
Hakim tidak boleh dibuang kerja mengikut selama diperkenankan oleh ketua negara.
Seorang hakim hendaklah memegang jawatan hingga mencapai umur 65 tahun. Dia
tidak boleh dibuang kerja melainkan atas syor sebuah tribunal yg terdiri daripada lima
hakim.
Perkara 135 Perlembagaan Persekutuan mengenakan sekatan tertentu mengenai
pembuangan kerja dan penurunan pangkat bagi anggota perkhidmatan awam selain
anggota tentera melalui Fasal (1),(2) dan (3) yg ditunjukkan di bawah:
•Fasal (1)
•Memperuntukkan tidak seorang pun boleh dibuang kerja atau penurunan
pangkat oleh sesuatu pihak berkuasa rendah daripada pihak berkuasa yg pada
masa pembuangan kerja atau penurunan pangkat mempunyai kuasa melantik
seorang ahli perkhidmatan itu yg sama pangkatnya
•Fasal (2)
•Memperuntukkan tidak seorang pun boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat
tanpa diberikan penjelasan yg munasabah untuk didengar
•Fasal (3)
•Memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh dibuang kerja atau
diturunkan pangkat atau menanggung apa2 tindakan tata-tertib yg lain kerana
sesuatu yg dilakukannya dalam menjalankan tugas kehakiman
Perintah Am dikenali sebagai peraturan untuk membuang kerja atau mengambil
tindakan tatatertib secara sopan.
Dalam Fasal (2), Perintah Am menentukan syarat2 perlantikan dan syarat2
perkhidmatan para anggota perkhidmatan awam.
Perintah Am ini juga mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan
Undang2 Persekutuan.
Peraturan2 yg mengawal tatatertib para pegawai awam ialah Peraturan-peraturan
Perlu ( Perintah Am,Bab D),1969. Peraturan ini dibuat oleh kerajaan dan boleh
diguna pakai oleh pegawai di Persekutuan dan juga pegawai peringkat negeri.
Dari segi pencen,anggota perkhidmatan awam dilindungi oleh perlembagaan.
Apabila seseorang pegawai bersara,dia akan mendapat pencen,ganjaran atau elaun.
Sumber Rujukan :-
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
No comments:
Post a Comment