Sunday, 28 February 2016

PENCAPAIAN SEMASA PERKHIDMATAN AWAM

Antara penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan(services delivery) adalah:

a)  Pembaikan proses kelulusan sijil kelayakan menduduki atau C.F.O. Hasil 
perundingan antara pegawai perkhidmatan awam dan wakil2 industri  swasta,
kini proses tersebut dipermudahkan dengan kewujudan pusat sehenti atau ‘one-
stop centre’ pada peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan pentadbiran negeri.
 Pelanggan tidak perlu lagi berulang alik ke pelbagai agensi untuk mendapatkan
pelbagai tandatanganProses tersebut juga telah disingkatkan  dengan 
mengurangkan bilangan agensi teknikal yang terlibat.


b) Proses permohonan kad pengenalan diriPemohon tidak perlu lagi membawa 
gambar dan tempoh pengeluaran kad pengenalan telah dipendekkan kepada dua
 hingga empat mingguKad pengenalan yg dikeluarkan,iaitu Mykad adalah lebih
 berkualiti dan mampu menyokong pelbagai penggunaan.Contohnya
kemudahan membayar bil dan pembaharuan lesen di pejabat pos.

c) Proses pengeluaran pasport baharu telah dipendekkan kepada 1 hingga 2 
jam sahaja.

d) Urusan di pejabat KWSP telah dipercepatkan.

e) Kemudahan kerajaan elektronik atau ‘egovernment’ telah dilaksanakan 
dengan meluas.Usaha pemodenan dan pembaikan cara kerja tetap berterusan,
seperti peningkatan penggunaan ICT dan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti 
menyeluruh atau ‘Total Quality Management’


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment