Sunday, 28 February 2016

BADAN PENTADBIR (EKSEKUTIF)


-         Di Malaysia,kuasa eksekutif dijalankan secara berperingkat iaitu pentadbiran peringkat Persekutuan,kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan. Peringkat-peringkat seumpama ini dapat menjamin agihan kuasa dan pelaksanaan kerja yang lebih efisien.

Peringkat Persekutuan:

-         Pada peringkat persekutuan,jentera pentadbiran seperti kabinet dan kementerian memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara. Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,negara ini terus memperkemas sistem pemerintahan mengikut acuannya sendiri walaupun ada sesetengahnya perkara masih menggunakan corak pemerintahan ala Barat. Kewujudan sistem kabinet,kementerian,badan-badan berkanun dan suruhanjaya-suruhanjaya telah melicinkan lagi sistem pentadbiran negara sehingga sebuah negara membangun yang aman dan makmur.


-         Secara asasnya,pentadbiran Persekutuan diterajui oleh Jemaah Menteri yang menganggotai kabinet. Kesemua menteri kabinet merupakan mereka yang menang dalam pilihan raya. Tugas utama kabinet adalah merangka dan menjalankan dasar tertinggi negara. Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri dan diikuti oleh menteri-menteri lain. Perdana Menteri dilantik oleh YDPA,manakala menteri-menteri lain dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment