- Anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut iaitu :
a) Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan
b) Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan
c) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan,kedudukan,kemuliaan atau kebesaran raja-raja
d) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan
e) Pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau
f) Pemberi ampun,replief dan respite atau peremitan,penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman,di bawah Fasal (12) Perkara 42
Sumber Rujukan :-
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
No comments:
Post a Comment