Sunday 28 February 2016

DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT

1) Dewan Negara:

- Bilangan Ahli Dewan Negara adalah tertaklluk kepada Fasal (1) Perkara 45, Perlembagaan Persekutuan ,iaitu tidak melebihi daripada 70 orang ahli ( senator) pada satu-satu masa,dengan kadarnya seperti berikut :

a) dua orang ahli bagi setiap negeri yg dipilih mengikut Jadual Ketujuh.
b) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya
c) empat puluh orang ahli yg dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
d) empat orang ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

-         Untuk layak menjadi ahli,seseorang calon hendaklah;
a)    Warganegara Malaysia
b)    Berumur tidak kurang dari 30 tahun
c)     Sempurna akal
d)    Bukan seorang muflis

-         Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi,sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan ppada peringkat negeri.

-         Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dalam kalangan mereka yang menyumbang khidmat yg cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing,dalam perdagangan,industry,pertanian,aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan social atau merupakan wakil kumpulan bangsa minority ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang Asli.

-         Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai Ahli Dewan sebaik yg mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi,menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.


Contoh video sidang Dewan Negara :- 






2) Dewan Rakyat:

-         Dewan Rakyat hari ini dianggotai seramai 222 orang ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya yg diadakan setiap lima tahun. Parti yg memperoleh kerusi majority akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara.

-         Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut :

a)    Warganegara Malaysia
b)    Berumur tidak kurang dari 21 tahun
c)     Sempurna akal
d)    Bukan seorang muflis
e)    Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.

-         Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen,setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yg mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi,menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

-         Dalam bidang perundangan, Parlimen berkuasa membuat undang-undang yg ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia menerusi Perkara 66-68,Bab 5,Bahagian 4.

-         Antara fungsi Parlimen adalah:

a)  Kuasa perundangan,iaitu kuasa membuat,meminda/memansuhkan undang-undang

b)    Mengenakan cukai-cukai baharu,tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai


c)     Meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.

- Contoh video perbalahan di Dewan Rakyat 

https://www.youtube.com/watch?v=kF1KhNn98Us





Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment