Sunday, 28 February 2016

PERINGKAT NEGERI

-         Kuasa perundangan peringkat negeri dilaksanakan melalui Badan Perundangan Negeri. Badan Perundangan Negeri mengandungi Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

Keanggotaan Dewan Undangan Negeri DUN:

-         Seksyen 4,Jadual 8,Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan DUN mestilah mengandungi sebilangan ahli yang dipilih. Peranan Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri sebagai pihak berkuasa perundangan hanya akan hadir pada masa-masa yang khas seperti semasa pembukaan DUN. Tugas utama Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri adalah untuk memanggil DUN supaya bermesyuarat,memberhentikan dan membubarkannya. Dalam hal ini,Raja/Sultan/Yang di-Pertua Negeri tidak boleh membiarkan jarak enam bulan antara persidangan yang terakhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam pengggal seterusnya.

-         Selain itu,Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri juga bertindak memberikan persetujuan kepada undang-undang negeri yang telah diluluskan oleh DUN.

Kelayakan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN):

-         Kelayakan seseorang ADUN ialah seseorang yang berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin tetap di negeri berkenaan.Perkara ini juga terpakai untuk negeri Sabah dan Sarawak.Antara perkara yang menyebabkan seseorang hilang kelayakan menjadi Ahli DUN adalah:

a)    Didapati sebagai seorang yang tidak sempurna akal
b)    Seorang bankrap yang belum dilepaskan
c)     Setelah dinamakan untuk pilihan raya bagi mana-mana satu,Parlimen atau bagi DUN atau setelah bertugas sebagai ejen pilihan raya,ahli tidak menghantar apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dalam tempoh masa yang ditetapkan.
d)    Disabitkan dengan suatu kesalahan oleh sesebuah mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan dia tidak mendapat keampunan.
e)    Memegang jawatan berpendapatan
f)      Kehilangan kelayakan di bawah mana-mana undang-undang mengenai kesalahan berkenaan dengan pilihan raya bagi mana-mana satu Parlimen atau bagi DUN.
g)    Sengaja memperoleh kewarganegaraan negara asing.

-         Seseorang tidak boleh menjadi ahli DUN bagi lebih daripada satu kawasan pilihan raya pada suatu masa. DUN akan berjalan selama lima tahun daripada tarikh mesyuarat pertamanya. Selepas itu,ia akan terbubar dengan sendirinya. Apabila DUN dibubarkan,suatu pilihan raya di peringkat negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari di Semenanjung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.


-         Dewan yang baharu hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari daripada tarikh pembubaran tersebut. Sesuatu kekosongan luar jangkaan juga mesti dipenuhi dalam tempoh 60 hari di Semenanjung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment