-
Parlimen
ialah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat undang-undang
yg boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undang-undang
persekutuan,membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yg ada,memeriksa
dasar-dasar kerajaan,meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan
hasil-hasil cukai yg baru. Parlimen juga menjadi forum untuk membincangkan
perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai. Bagi membolehkan Parlimen
menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dan lebih berkesan,Perlembagaan telah memperuntukkan
beberapa hak dan pengecualian yg dipanggil “ Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen”
kepada ahli Parlimen. Setiap Dewan mempunyai kuasa untuk mengawal selia
tatacaranya sendiri,mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing yg mana
kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan setiap
Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau
menghina (contempt) di dalam Dewan tersebut.
-
Di
dalam Bahagian 4,Bab4,Perkara44 Perlembagaan Persekutuan terletak pada Parlimen
yg mengandungi YDPA,Dewan Negara dan Dewan Rakyat
t
Sumber Rujukan :-
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
t
No comments:
Post a Comment