Sunday, 28 February 2016

PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG DAN KEISTIMEWAAN PARLIMEN

-      Proses penggubalan dan peringkat-peringkat kelulusan undang-undang yg dilalui di Parlimen boleh difahami melalui rajah di bawah.

-         Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang dengan cara Dewan Negara dan Dewan Rakyat diluluskan sesuatu rang undang-undang serta telah dipersetujui oleh YDPA. Segala rang undang-undang yang berkaitan dengan kewangan mesti dimulakan dalam Dewan Rakyat kerana Dewan Rakyat berkuasa dalam hal ehwal kewangan.

-         Setiap rang undang-undang yg diluluskan oleh sesebuah Majlis Parlimen akan melalui empat peringkat sebelu  diluluskan,iaitu

a)    Bacaan Pertama
b)    Bacaan kedua
c)     Perbincangan Peringkat Jawatankuasa
d)    Bacaan ketiga


-         Setelah undang-undang ini melalui empat peringkat,iaitu di Dewan Rakya,sesuatu rang undang-undang tersebut akan dikemukakan kepada Dewan Negara. Jika rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Negara,rang tersebut akan dipersembahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong. Rang Undang-undang tersebut akan menjadi undang-undang atau akta setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong dan baginda akan menurunkan Cop Mohor Besar.

-         Selepas itu,rang undang-undang tersebut akan diwartakan sebagai undang-undang dalam Warta Kerajaan. Sekiranya sesuatu undang-undang itu tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong,rang undang-undang tersebut akan dibahaskan semula dalam Dewan Rakyat dan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Aong buat kali kedua. Namun,sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak juga memperkenankannya,Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan dalam masa 30 hari,rang undang-undang tersebut akan dianggap sudah diperkenankan oleh baginda.



4) Keistimewaan Parlimen

-         Keabsahan apa-apa perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen ataupun dalam mana-mana jawatankuasa tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tidak seorang pun boleh didakwa bagi apa-apa juga yang diucapkan atau apa-apa undi yang diberikan oleh ahli Parlimen semasa mengambil bahagian dalam suatu perbahasan atau pengundian yang berlangsung dalam siding Parlimen.

-         Walau bagaimanapun,kebebasan ini ada hadnya di mana Akta Perlembagaan 1971 melalui Akta A30 (pindaan) yang berkuat kuasa mulai 10 mac 1971 menyekat kebebasan seseorang individu bagi maksud keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam hal ini juga,mana-mana ahli Parlimen yang cuba menimbulkan isu-isu sensitive juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan Darurat Nombor 45,1970.


-         Seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa juga yang diterbitkannya dalam mana-mana Majlis Parlimen.


Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment