Sunday, 28 February 2016

MENJALANKAN KUASA PERUNDANGAN


-         Kuasa DUN adalah meluluskan undang-undang dan dipersetujui oleh Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri. Perkara 72 fasal (1) hingga (5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tentang keistimewaan DUN. Seperti yang termaktub di dalamnya di dalam fasal (1),(2) dan (3) :

1)    Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana DUN tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

2)    Tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana DUN atau mana-mana jawatankuasanya.


3)    Tiada seseorang pun yang boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yg disiarkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana Dewan Negeri.



Sumber Rujukan :-

 - Buku rujukan Pengajian Malaysia

 - Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

No comments:

Post a Comment