- - Sistem
perundangan di Tanah Air telah melalui satu proses yang panjang. Sebelum
kedatangan Barat lagi,masyarakat Tanah Melayu telah pun mempunyai sistem
perundangan sendiri. Dalam hal ini,negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu
menggunakan Undang-Undang Adat Melayu sementara di Sabah dan Sarawak dikenali
sebagai Undang-Undang Adar Bumiputera. Pada era tradisional,terdapat dua
kategori perundangan Melayu yg berasaskan dua sistem adat,iaitu Adat Temenggung
dan Adat Perpatih.
-
- Kedatangan
Islam terus memperkukuh hukum adat ini dan menjadi teras kepada pembentukan
undang-undang bertulis. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan kerajaan
Melayu Melaka di mana Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah
menjadi asas kepada kuasa perundangan di Melaka.
- - Setelah
kedatangan British, peranan undang-undang tempatan telah banyak mengalami
perubahan. Undang-undang Inggeris telah digunakan ssecara meluas,terutama
Common Law dan Kaedah-kaedah Ekuiti. Secara keseluruhannya, undang-undang
Malaysia pada hari ini diperoleh daripada lima punca utama,iaitu:
1) Undang-undang bertulis, iaitu Perlembagaan dan Perundangan Persekutuan dan
Negeri.
2) Keputusan-keputusan Mahkamah
3) Undang-undang Inggeris
4) Undang-undang Islam
5) Undang-undang Adat
Sumber Rujukan :-
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
No comments:
Post a Comment