- Kerajaan juga telah berjaya melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mencapai perpaduan serta mengekalkan keamanan dan keselamatan negara. DEB adalah untuk faedah rakyat negara ini. Dasar ini memperlihatkan usaha kerajaan bagi memastikan semua bangsa dan kaum di negara ini menikmati kekayaan negara secara sama rata.
- Kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi untuk menyediakan peluang pekerjaan,menambah kemahiran,menggalakkan penggunaan teknologi moden dan apa yang lebih penting adalah mempertingkatkan daya pengeluaran,pendapatan dan kemakmuran negara.
- Kerajaan juga akan terus menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam usaha kerajaan untuk memesatkan pembangunan negara,meningkatkan kecekapan dan mencapai produktiviti yang lebih tinggi. Atas kesedaran inilah kerajaan melaksanakan Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia tanpa membelakangkan Dasar Ekonomi Baru.
- Kerajaan juga telah menitikberatkan pelajaran dan pendidikan. Kemudahan-kemudahan pelajaran yang disediakan di negara ini bertujuan memupuk perpaduan negara dan memenuhi keperluan tenaga kerja rakyat terlatih. Sistem pelajaran dan latihan membolehkan rakyat Malaysia melibatkan diri sepenuhnya dalam pembangunan negara, Kemudahan-kemudahan pelajaran yang diberikan oleh kerajaan,sama ada di dalam atau di luar negara adalah dibiayai oleh rakyat dan merupakan pelaburan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan negara pada masa hadapan. Oleh itu, rakyat berhak mendapat pulangan yang positif daripada pelaburan itu.
- Segala kemudahan yang diberi dan disediakan oleh kerajaan mestilah digunakan untuk memenuhi hasrat dan harapan rakyat. Oleh itu,golongan belia khususnya di institusi-institusi pelajaran tinggi,sama ada di dalam mahupun di luar negeri,supaya menumpukan masa dan perhatian kepada tanggungjawab mencari ilmu. Mereka patutlah berwaspada terhadap tindak-tanduk mana-mana golongan yang sengaja memburuk-burukkan sistem pemerintahan negara yang diamalkan semenjak merdeka. Mereka haruslah sentiasa sedar bahawa dengan wujudnya sistem pemerintahan secara demokrasi,mereka mendapat kebebasan dan kemudahan untuk mencari ilmu.
Sumber Rujukan :-
http://portal.cidos.edu.my/
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Sumber Rujukan :-
http://portal.cidos.edu.my/
- Buku rujukan Pengajian Malaysia
- Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
No comments:
Post a Comment